Nufnang Ads

Monday, February 28

~MAHAR CINTA~


Andainya dapat engkau mendengarkan 
Suara di hatiku melagukan rindu 
Kiranya engkau mampu mentafsirkan 
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami 
Harapan kasih yang terbina 
Sekian lama di sudut hatiku 
Hanyalah untukmu...

Bukanlah aku sengaja 
Melindungi rasa di jiwa 
Namun bimbang diri kan terleka 
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah 
Hingga terabai segala cita 
Sedang khayalan tak menjanjikan 
Segunung kebahagiaan 
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti 
Setiap cinta yang dilafazkan 
Bukanlah sekadar mainan 
Tetapi sebuah janji...

Andainya dapat engkau mendengarkan 
Suara dihatiku melagukan rindu 
Kiranya engkau bisa mentafsirkan 
Setiap bait kata-kata yang terungkap...

Pasti dirimu dapat melihat 
Rahsia kasih yang terpendam 
Sekian lama di sudut hatiku 
Hanyalah untukmu 
Selamanya...

Tuesday, February 8

Hari Kekasih - Laluan Kemungkaran!!!!


Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.
Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.
Tindakan Penyelesaian
Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. Penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih atau Hari Valentine.
Para emaja hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan gangguan manusia dan syaitan.
Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan. Dan  tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak. Mereka masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini. Apa yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini.
Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang  ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya  dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?
Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?
Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."
Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.
Oleh sebab itu, pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.
Peranan Pihak Terlibat
Pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan. Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anak-anak muda ini pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.
Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang  hari kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk.
Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day. Tambahan itu, isikanlah hati mereka dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya mereka dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim.

jaNgan PinTa KemaTian aYaHmU!!!!


Konflik antara ibu-bapa dan anak  pasti terjadi. Walau bagaimana sabar dan bijaksananya kita mentadbir  keluarga, satu ketika masalah ini akan muncul jua. Apatah lagi kita yang  masih bermujahadah ini... tetap akan diuji Allah dengan karenah  anak-anak. Anak-anak pelbagai wataknya.

Ada  yang mudah mendengar, mudah dibentuk. Ada yang lemah, mudah terpengaruh...  perlu diperkukuhkan selalu. Ada yang bijak, boleh diharap menjadi  pengganti sewaktu diperlukan.

Dalam hal memilih jodoh misalnya,  kekadang lebih sukar daripada memilih jodoh anak-anak berbanding memilih  jodoh kita sendiri. Begitu juga dalam soal yang lain. Pandangan  anak-anak perlu diraikan. Apa yang kita nampak, kekadang ditolaknya...  bukan kerana dia derhaka, cuma belum sampai fikir dan congak mindanya ke  tempat tuju fikiran kita. Masa perlu dihulurkan, perbincangan perlu  diraikan. Jalan kita dahulu mungkin tidak relevan lagi dengan jalannya  sekarang.

Apapun, prinsip dan syariat tetap  sama. Mutlak sampai bila-bila. Pendekatan menegakannya sahaja yang  mungkin berubah dan beza. Kebelakangan ini kerap pula saya menerima  rintihan anak tentang saikap ibu-bapa. saya sungguh empati. Betapa  kekadang saya juga pekak dan buta daripada rintihan anak sendiri. Kita  perlukan hiadayah Allah untuk ketepatan dalam memimpin dan membuat  keputusan. Sayang, cinta dan kasih tidak menafikan kebijaksanaan,  ketegasan dan keadilan.

Untuk sahabatku di luar sana. Mari  berkongsi rasa bersama masalah yang pernah dihadapkan kepada saya  ini.  Mudah-mudahan, ada kebaikan yang dapat dipelajari dan diteladani oleh  kita semua... Kita  sebagai ibu-bapa, mahupun kita sebagai anak


Dalam Islam, kita dituntut supaya menghormati ibu dan ayah kita, tidak kira dalam dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukan setakat tidak boleh menderhaka, malah jika kita tidak mendoakan kesejahteraan keduanya pun, kita sudah boleh  dianggap anak yang derhaka. Itu kalau kita tidak doakan kesejahteraan mereka, jadi bagaimana pula kalau kita doakan kecelakaan ke atas mereka?
Bermakna itu lebih derhaka. Dan jika anda doakan agar ayah anda mati, maka tidakkah itu bermakna bahawa anda lebih jahat daripadanya? Saya akui masalah ini agak sulit ditangani oleh anda atas kedudukan anda sebagai seorang anak yang dikira masih terlalu muda untuk mengetahui punca sebenar masalah... Namun ini tidak bermakna anda tidak boleh memainkan peranan yang penting untuk setidak-tidaknya tidak menambah masalah lagi. Dan saya tegaskan, bahawa mendoakan supaya seseorang mati, (lebih-lebih lagi ayah anda sendiri) bukanlah sebahagian daripada cara menyelesaikan masalah ini.
Anda sendiri yang mengatakan bahawa ayah anda telah 'diguna-gunakan'. Jika itu memang benar  patutkan beliau yang dipersalahkan? Ya, kalaulah benar dakwaan anda itu, ini bermakna ayah anda hanya menjadi 'mangsa' bukan pemangsa. Apabila menjadi mangsa, maka ibu dan keluarga anda turut menerima akibatnya. Kalau demikian, ayah anda wajar dibantu, bukan dibenci. Malah mungkin keadaannya lebih buruk dan teruk daripada apa yang anda deritai.
Jadi sekarang, persoalannya ialah bagaimana ingin 'menyelamatkan' ayah anda, bukan bagaimana hendak 'mematikan'nya? Dan sebagai seorang anak, anda punya banyak cara untuk membantunya. Dan inilah yang akan membawa kepada penyelesaian kepada masalah ini secara tidak lansung. Pertama, sekurang-kurangnya anda perlulah membantu diri anda sendiri terlebih dahulu. Yakni dengan cuba melawan perasaan kecewa, marah dan benci yang ada dalam diri anda itu. Stabilkan diri anda dan jalanilah hidup dengan sebaik-baiknya. Anda perlu faham bahawa masalah adalah 'rule of life' – hukum kehidupan yang perlu diterima oleh semua manusia.
Pandanglah ke kiri dan ke kanan anda, dan insafilah semua orang sedang berdepan dengan hukum kehidupan ini. Malah, ada diantara mereka yang lebih sukar lagi daripada anda. Mungkin bapa mereka meninggal dunia ketika mereka masih kecil dengan bilangan adik-beradik yang begitu ramai, ibu pula sakit-sakit. Tetapi anda tidak begitu... anda adalah lebih baik kerana ayah anda masih hidup, ibu anda masih sihat.
Tujuan saya menceritakan hal ini ialah untuk memberi semangat pada diri anda supaya tenang dan berpijak di bumi nyata dalam menghadapi sesuatu masalah. Jangan terlalu mengharap dunia akan jadi seperti yang kita idamkan. Dan jangan marah, jika anda dapati ayah anda atau siapa sahaja tidak bersikap seperti yang anda kehendaki kerana diri anda sendiri tidak bersikap seperti anda sendiri kehendaki... betul tak? Jadi, rasionallah. Hadapi kenyataan dengan sewajarnya.
Hakikat ini akan membantu ayah anda secara tidak lansung. Anda harus menjaga hati dan fikiran anda agar tidak terlalu tekan dengan masalah ini. Janganlah hendaknya tekanan masalah ini mengganggu tugas anda sebagai seorang pelajar IPTA yang menjadi harapan dan sandaran bukan sahaja oleh keluarga anda bahkan oleh masyarakat. Jangan tambah satu masalah lagi dalam keluarga anda... yakni dengan masalah anda sendiri! Cubalah belajar dengan baik. Tumpukan perhatian anda sepenuhnya. Anda sudah dikira dewasa untuk menganggap masalah ini sebagai cabaran bukan halangan.
Tentu anda punya adik-adik yang masih muda, tunjuklah teladan yang baik. Mereka melihat anda, maknanya jika anda 'stabil' dalam menghadapi cabaran ini, maka mereka juga akan mendapat suntekan semangat. Sebaliknya, jika mereka melihat anda goyah, mereka juga akan goyah dan mungkin terus patah.
Hendaklah anda menyedari hakikat bahawa mempunyai seorang ayah yang bermasalah adalah jauh lebih baik daripada tidak ada ayah langsung. Sekurang-kurangnya ayah anda masih pulang juga walaupun kadang-kadang terlewat. Maka sambutlah kepulangan dengan baik, jangan diboikot atau dipulau. Api tidak akan dapat dipadamkan dengan api. Teruskan peranan anda sebagai seorang anak. Dekatilah dirinya... Dan dengan kedudukan anda sebagai seorang siswa saya yakin anda adalah seorang anak yang diharapkannya.
Dia mempunyai rasa bangga, yakin dan hormat terhadap anda. Pergunakanlah kelebihan ini untuk mendekati dirinya. Bila sudah ada interaksi maka mudahlah anda berkomunikasi seterusnhya mula menyelami masalahnya. Insya-Allah, nanti anda mendapat gambaran masalah ini dengan lebih luas dan jelas. Nanti anda akan tahu apakah punca dan kenapa ia berlaku. Siapa pemangsa, kenapa ayah anda boleh terjerat dan apa umpan yang digunakan dalam keadaan ini? Sekurang-kurang ini akan menghilangkan kebencian anda terhadapnya kalau tidakpun menyelesaikan masalah ini secara keseluruhan.
Semua itu akan membetulkan persepsi seterusnya sikap anda terhadap ayah anda. Dan barulah nanti anda tahu benar-benar apakah ruang lingkup masalah itu. Apakah  sebab dan kesannya. Ingatlah, masalah yang sudah kita tahu, kata pepatah, adalah separuh selesai. Ya, setakat ini saya kira anda sudah faham bahawa saya ingin mengajak saudara supaya menyelesaikan masalah ini berdasarkan sumber yang ada pada diri anda sendiri. Lingkungan penyelesaian yang cuba saya ketengahkan ialah... bertindaklah dengan kuasa dan pengaruh yang ada pada diri anda sendiri.
Dalam konteks ini, saya ingin mengingatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda bahawa doa merupakan senjata yang ampuh bagi orang mukmin. Di sini anda  telahpun mempunyai 'senjata' untuk menangani masalah ini. Cuma senjata itu nampaknya sudah tersalah guna. Senjata itu  digunakan untuk menikam ayah anda,  yang sebenarnya turut menikam diri anda sendiri. Daripada anda berdoa kematian ayah, bukanlah lebih tepat berdoa untuk keselamatannya?
Doakan ayah anda dari dianiaya orang, 'diguna-gunakan' dan sebagainya. Ingatlah, doa anak yang soleh terhadap ayahnya pasti dimakbulkan Allah sama ada ayah itu masih hidup atau mati. Sama ada ayah itu masih siuman atau telah 'diguna-guna'. Jika benar ayah anda diguna-gunakan, bermakna dia telah disihir. Hanya kuasa Allah sahaja yang mampu melawan kuasa jahat yang didalangi oleh syaitan itu. Oleh itu apa yang mampu anda lakukan ialah berdoa, sembahyang hajat dan bacalah ayat suci al-Quran serta beramallah dengan niat melawan sihir yang  sedang membelenggu ayah anda itu. InsyaAllah, dia akan sembuh semula dan menjalankan tanggung jawab sebagai ketua keluarga.
Perasaan benci tidak pernah menyelesaikan masalah. Bagaimana anda hendak mengikhlaskan diri berdoa untuk ayah, sedang perasaan benci ada dalam diri anda? Wajar saya ingatkan, perasaan benci mesti terlebih dahulu dibuang sebelum anda berdoa untuk kesejahteraannya. Doa yang dipanjatkan berserta  rasa benci tidak akan diperkenankan.
Rasulullah saw pernah bersabda bahawa doa seorang ibu terhadap anaknya adalah doa yang paling makbul. Ketika ditanya mengapa? Rasulullah saw menjawab, "kerana ibu paling menyayangi anaknya." Oleh itu saya mengingatkan , sayangilah ayah anda walau apa jua keadaannya. Berbuat baik terhadap ayah bukanlah kerana kebaikan yang telah, sedang dan akan dicurahkannya tetapi kerana itu perintah dari Allah. Jika anda benar-benar cintakan Allah, maka berbuat baiklah kepada ibu bapa tanpa melihat apa jua keadaannya.
Permasalahan orang tua, lebih manis jika orang tua yang menyelesaikannya. Anda terlalu muda untuk menangani masalah ini secara langsung. Ibu, bapa saudara serta sanak-saudara yang lain mungkin juga sedang memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah ini. Berilah mereka masa. Peranan anda pula ialah apabila sesekali ayah balik, tunjukkanlah kemesraan tanpa apa-apa perubahan. Ceritakan masalah kepadanya tanpa mendesak-desak apalagi menggugut. Ini supaya dia rasa dihormati sebagai ayah terhadap anak-anak-anaknya, Jadi andalah terlebih dahulu mesti menunjukkan yang anda masih anak yang menyayanginya.
Mungkin dengan cara ini akan menyedarkannya bahawa kehadiran seorang 'perempuan' lain dalam hidupnya boleh dan akan memungkinkan dia kehilangan anak-anak yang disayanginya. Tidak mustahil selepas itu nanti, dia yang sebenarnya dalam dilema terpaksa membuat pilihan...apakah memilih anak-anaknya atau memilih 'perempuan' itu. dan jika anda telah menyayangi, mengasihi dan mendoakan kesejahteraannya, saya tidak teragak-agak lagi buat menyatakan bahawa ayah anda akan memilih anda.
Anak ku,
Barangkali ayah kita bukan seorang yang baik, tetapi sebagai anak kita mesti dapat melihat dan menghargai kebaikan ayah kita!

faMiLy

faMiLy
_kesayangan dunia akhirat_