Nufnang Ads

Tuesday, December 9

Hidayah Allah swt melalui perantaraan insan .. by _i Luv Islam_

Saya redha dengan “KEHILANGAN” ini. Saya anggap ia satu ujian daripada Allah untuk saya.
Saya redha.. Alhamdulillah Ya Rabb.. Engkau menyedarkan hambaMu yang leka dek dunia 
fana ini.. 




 Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri. Selama kita hidup, apa yang kita buat? Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah? Ada tak kita maafkan orang & minta maaf dekat orang sebelum kita tidur? Muhasabah diri itu perlu untuk menjadikan kita insan yang lebih baik. Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya. saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”.
     Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah. Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah? Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya. Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik. Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita org yang baik? Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia. Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah bersifat sementara. Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya.
     Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah.. Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Sesungguhnya hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita. Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati! Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.

Dear
Remember... Hidayah tak dtg bergolek.. kita kene cari.. Allah swt will help n guide us.. 

Daripada Rasulullah S.A.W : “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.” Sama-samalah kita renungkan…
YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN INI.

Monday, December 8

Life....



aku punya cita-cita
besaaaaaarrrr
besar sekali..

namun hakikatnya
perjalanan sebuah kehidupan ini tak akan mudah
dan tak mungkin akan mudah
kerna ini adalah sunnah perjuangan..

berlari
jangan berhenti

belajar
jangan merasa cukup

berharap
jangan berputus asa

tak mudah
tapi jangan mengalah!

************************************************************************
Moga Allah permudahkan perjalanan selepas ini
ya, semuanya baru bermula :)

Wednesday, December 3

C-Day on 25th NOV 2014

holla.....
sorry for the late post about my convocation day..

just wanna to share picts with you guys.. 25 Nov 2014
enjoy !!!


pict before p konvo with my sister.. 
tgh tggu hari je nak dpt anak buah.. ouch!omeynye baby :D


my aunty.. thanks sbb husband wan zira tlg so kami dpt jadi VVIP .. heeeee


sempat lagikan dorang wefie sblm masuk dewan (my mom n her little sister)


after konvo.. yeah!


my family.. abah tetap dalam hati kami .. miss u so much abah




ouch! my boy.. muahhhh




credit to my aunty .. thanks snap pict i kat screen besaq ni..


actually Mr. A can't attend my c-day..  he's work on that day.. 
patotla diam je sbelum ni.. takot i kecik hati kan.. 

nevermind.. just small matter. ..
mak awok kate mintak hadiah besaq2 kat awok..
but i want you bertandang kat umah I.. (hadir dgn makna hookay! mohon greenlight from your mom first)
siap eh kalau tak mai.. heeeeeee

big hug to my mom and siblings..
thanks for your doa to me...realy appreciate it.. 

Monday, November 17

ceLebRation

Assalammu'alaikum..
for today.. meh cni nak blanje gmbq time ambik jubah (pre-convocation)...heee

meh duk depan ckit .. nak cerita..
tau dak! mula2 p naik ERL kat putrajaya nak ke k.l central.. ade satu part ni time org tgh bgth next transit kat bandar tasik selatan tapi yg chek tak dengaq so p la turun kat BTS tu.. pas dah trun. terbaca signboard BTS. pastu dok pikiaq..aku sebenaqnya nak trun kat k.l central. yg p transit kat BTS buat apa..
ha! tula.. dok ralit lagi main handphone.. tu padahnya..
tggula 3o minit for the next tren... sabo jela..

pastu dah smpi k.l central ambik ktm plak nak p padang jawa.. kat padang jawa tu member geng degree ambik.. cik Siti Aisah nama diberi.. samaran dia Aishah Tinggi..
tpi................ lama nau tggu dia kat sana.. sebab dia sesat.. jalan yg dia tau straight ja.. takdak turn left or turn right..  nk lurus aja makcik sorang ni.. hahahaha

so dia p ambik kat ktm padang jawa and trus ke uitm.. p parking trus pastu naik tangga yang tinggi bagaikan nak p gua batu caves tu.. huhuhu
dok beratuq panjang tgh pnas tu nak ambikjubah punya pasai..
takpa takpa... konvo kan. apa ada hal.. hahahaha

one part yg buat i is geram + happy la jgk.. someone call me.. n then ckp yg dia pegawai uitm tu.. so orang percayala.. dia kata "cik anis tak perlu beratur ye sebab nama cik anis dah dipanggil so cik anis trus ke depan la ye"
ya aku ni lagi sikit nak terpedaya.. haha .. tapi pikiaq balik.. mana ada orang nak buatmcm tu.. pastu dengaq balik suara tu..mcm kenai.. tgk no mcm penah tgk..
so i suspect someone yg dah lame kenal.. yg memang suke menyakatorang n perahsia orangnye.. hihihihi

after take the robe n sticker konvo nk kena tampal kat transport utk p konvo 25 nov 14 ni.. dia kol lagi... bgth dia ada kat dalam dewan..nk jumpa sat sbb nk bagi something..hookay hookay.. i is happy..muahahahaha..
so decide suh dia keluaq dewan jumpa kat bawah ja.. only 3 minutes kami jumpa.. n for your information he one of the student at uitm shah alam tu.. engineering student..
he said tahniah n bagi gift dekat i.. nk tgk tak?? sat na......


tu dia sekali kad ..omey bird tu..blink blink lagi..huhuhu

after balut dibuka.. he gave me novel.."Jejaka Bajet Bagus" 
not bad
he know i like novel.. really appreciate what he give to me
thanks abg Fizi .. for eleven years, i know him verymuch but not deeply.. but i know dia jenis yg mcm mane...we're bestfren.. insyaAllah.. 


wokeh wokeh! next story.. 
pastukan.. kalau gegirl dah jumpe. huru hara la jadinye ..kepochi mak aih..
merata tempat nk snap pict...
so BF ecah yang snap kan.. credit to Hafiz.. tq so much bro!

meh layan gambaq

  this pict before ke padang snap pict ramai2 pakai jubah.. my housemate, classmate n roomate..
 with Tati (Izzati Jamal).. so lovely person.. nice to know her..thanks ya Rabb

ha.. ni habaq ni.. sebelum gmbq tabik hormat ni..mcm2 posing dah depa buat.. not include i hookay! hahahaha..poyos


ha.. tula cik ecah kite yg ambik kat padang jawa tu. yg dok angkat topi tu.. n her BF take our pictures.. byk wo gmbq kami..dia layankan aje.. hahaha... nice


yg cake ni plak.. cik aishah bw untuk kami celebrate.. reunion katenye.. syukran yg ukhti...love u 
kami clebrate kat Barra Restaurant..tp x dpt snap pict kat ctu..sbb ralit dok sembang..hehehehe


ok u olls.. next week on 25th Nov 2014 .. my convocation days.. 
after that i will update this blog!
c u next time!
wassalam (^.^)

Friday, November 14

rehearsal + ambil jubah for convo u olls!

Assalammu'alaikum..

sambil taip ni ha.. dok sedut2 cendol ... 
mengapakah ..kenapakah... time ade byk event.. time busy byk keje kat ofis.. cendol smua nak keluar.. batok smpi nak tercabot rase anak tekak ni.. i is sad..

tpikan sakit ni ujian .. menguji tahap iman .. kental or tak diri ni hadap ujian ni semua.. 
bersangka baiklah.. 

so 16th Nov 2014 ni.. i p ambik jubah.. plus ade rehearsal sekali.. sampai pkul 1..
pastu geng degree yang meghoyan tu ajak reunion.. tiup lilin bagai. ade orang sponsor cake kan... heeee

Mr.A nak teman tapi apekan daya.. dia keje second day shift pagi mggu ni. so takleh cuti.. 
takpela akHi.. anis boleh jage diri.. 
(ececeh... bajet risau itew p sorang2 :p)


i'm happy girl.. already finish my degree on 1st July 2014..
alhamdulillah.. berkat doa abah mak.. adik2.. n hamba2 Allah swt yang lain.. ku capai diploma n ijazah pada umur 23 tahun.. syukur padaMU ya Rabb 

sebenaqnya.. nak kata sayu tu pun ada juga sbb abah nak sgt tgk itew konvo..tapi takpe abah.. ni hadiah untuk abah n mak. .insyaAllah, ade rezeki, umur panjang.. Angah sambung master
selagi Angah bernafas atas bumi Allah swt ni, Angah akan jaga mak n adik2.. suruh adik2 berjaya dunia akhirat mcm yang abah mak impikan.. 

InsyaAllah .. Angah jalankn tanggungjawab Angah as your daughter
abah mak .. you're my sunshine.. my soul..dunia akhirat.. 

tak lupe jg pada Mak akHi.. syukran mak .. sebab mak ambik berat pasal anis.. mak izinkan Anis n anak mak berkawan...  mak beri restu pada hubungan kami.. 
insyaAllah.. mak doakan kami ye.. 


oklah.. dah titis titis ayaq mata ni plak aih..huhuhuhu
orait u olls.. tggula next entry kalau nak tgk gmbq reunion kami.. n convocation day on 25th Nov 2014

Wassalam 



Tuesday, November 11

_DeaTh_



100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UN

Monday, November 10

Bila Rindu Seseorang, Berdoalah Dengan Doa Nabi Yusuf


Doa rindu dari jauh macam doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha =) Nah, sape2 yang nak tu cubalah mungkin akan tersampai jugak walaupun dari jauh dan dalam diam mrgreen



" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "



Sesuai untuk mereka yang bercinta dalam diam mrgreen
:h: Dihati ini..Hanya Tuhan Yang Tahu :h:


Cintai.......
:n: Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

:n: Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

:n: Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

:n: Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)
Berkait kan?

Berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf tu , semoga dipermudahkan.. InsyaAllah =)

Innama A'malu Bin Niat

Assalammu'alaikum
morning u olls.. sementara bos takde ni.. saje ngedate dengan lappy jap..heeeee

oh ya! semuanya berkaitan dengan niat..
kalau nawaitu kita betul.. insyaAllah dpermudahkan Allah swt segala urusan even ada halangan.. halangan tu semua untuk uji iman n kesabaran kita.. tp ingat.. Allah swt always with us




sebenaqnya malam tadi tiba2 Mr. A dengan seriusnya ckap hal nikah.. so dengan readynya kite ni dengar ape yang iye nk ckp.. 
adiknye ajak nikah sekali tahun depan .. so two pairs atas pelamin.. serentak terus.. Mr. A ok je dgn cadangan adik dia.. tp masing2 kene kukuhkan ekonomi.. takpe kamu, kita doa.. usaha n tawakal ye
hujung tahun ok! bukan awal tahun! kalau awal tahun .. gilos den .. heeeeeee


aku??? takde hal.. jgn nak complicated... biarla semuanya ringkas n senang diuruskan.. so Mr. A ckp insyaAllah he will discuss with his parents.. 
Alhamdulillah.. arwah abah tahu yg kami berkawan n benarkan.. mcm tu jg dengan mak.. 
family Mr. A pun tahu just family masing2 tak tahu tahap mane relation kami ni.. 

nak kate excited tu tak jg... kita rancang tpi takdir Allah swt yang tetapkan.. moga diredhai dan dirahmati .. gitu jg dgn niat kami

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

**Mr. A.. semoga kamu boleh membimbing saya dan zuriat kita ke jalan yg diredhai Allah dunia akhirat..

**credit to MNA



Wednesday, November 5

do what you want to do.. May Allah swt bless you and me

Do what you love to do and give it your very best
Whether it's business or baseball, or the theater, or any field.
 If you don't love what you're doing and you can't give it your best, get out of it. 
Life is too short. 

You'll be an old man before you know it.


BELIEVE IT!!!

Monday, October 27

_Dipondok kecil_

Di suatu hari Ayah berkata

Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh

Ku merayu pada Ayah

Jangan tinggalkan kami

kerana kami sayangkan Ayah





Ayahku pergi berjuang

Demi cinta yang murni

Untuk menegak kebenaran dimuka bumi

Berlakunya kisah di pondok kecil





Dipondok kecil

Dipantai ombak

Berbuih putih

Beralun-alun





Disuatu hari Ayah berkata

Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh

Ku pandang wajah Ayah

Dahinya ku cium

Air mataku mengalir hatiku pilu





Diam-diamlah adikkusayang jgn menangis

Doakan Ayah semoga sejahtera

Diam adikku sayang jangan menangis

Andai Ayah gugur pastinya dia syahid





Wahai abangku ke mana Ayah 

Ku sayang Ayah ku cinta Ayah

Wahai abangku kemana Ayah

Ku sayang Ayah ku cinta Ayah





Duhai adikku jangan menangis

Ayahmu pergi menyahut seruan Ilahi

Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah

Belajar berusaha walau dimana jua





PadaMu Tuhan aku bermohon

Dosa Ayahku minta diampunkan

Ku iringi doa rahmati dia

Tempatkanlah Ayahku bersama kekasihMu

Pilu.. sayu.. pemergian insan istimewa

Assalammualaikum..

19 Oct 2014, subuh Ahad.. perginya abah menghadap Ilahi

sgt2 terkejut.. tapi aku cuba menerima takdir Allah swt

hari ni..27 Oct 2014
9 hari permergian abah tercinta.. masih dan sgt2 terasa dihati..jiwa mcm direntap..

tpi memang betul.. Allah swt tahu hamba NYA mampu hadap ujian DIA YG MAHA ESA.

kasih seorang ayah tidak dpt dinilai dgn emas permata..
abah..tegas orangnya tp sangat penyayang .. bertanggungjwab..

luluh hati aku bila tgk muka mak.. insan yg paling rapat dengan arwah.. memang wajah mak nmpk tenang tpi hati mak.. Allah swt saje yg tahu.. sekali sekala mak akan ckp pasal arwah.. time tu aku tahu mak rindu arwah.. tpi  mak tak tunjuk ...

Ya Allah.. kuatkan mak.. tabahkan jiwa mak.. bantu mak tingkatkan iman dia..
Ya Rabb..  Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

kami sgt2 rindukan abah..
moga abah tenang disana

al-fatihah

Friday, September 12

Kesayangan Hamba (^.^)

hye u ollss!!!!

entah knp skrg ni rajin nak berblog-blog plakkan.. gatai tgn dah lama tak menaip.. :D

emmm.. actually.. knpla kali ni rasa rindu tu lebih.. cume dpt memandang Ms. Monkey (Aleesya Qaisara) .. jadila dok pandang hadiah yg dibagi ... heeeee
rase rindu kurniaan Ilahi.. syukur sgt2 dpt prasaan mcm tu..

cume masing2 kate.. kalau ade jodoh.. insyaAllah.. kita just plan k, doa, usaha

ha! 
ni la gitar En. A yg dulu2 dok nyanyi
skrg dah busy dgn aeroplane dia ja.. 
takpa-takpa.. moga Allah swt permudahkan urusan n murahkan rezeki En. A


jeng jeng jeng!!!
ni la Ms. Monkey.. tahun 2010 dpt dia.. heeeee
dah 11 tahun kita kawan kawan dan kawan..


thanks to Allah swt..
Thanks to En. A
even kita byk kali lost contact.. tp takdir Allah kite takleh tolak
dipertemukan lagi dan lagi.. 


**Siapapun orang tu.. pastikan dia dpt bimbing kita dunia akhirat
*M.N.A


Thursday, September 11

Heal the World.. Written by Michael Jackson .. Perform by Zain Baikha (Falling in love with this song)

There's a place in your heart
And I know that it is love
And this place could be much
Brighter than tomorrow
And if you really try
You'll find there's no need to cry
In this place you'll feel
There's no hurt or sorrow

There are ways to get there
If you care enough for the living
Make a little space
To make a better place


Chorus:
Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for you and for me

If you want to know why
There's a love that cannot lie
Love is strong it only cares for joyful giving
If we try we shall see
In this bliss we cannot feel
Fear or dread we stop existing
And start living

Then it feels that always
Love's enough for us growing
So make a better world
Make a better world


Chorus
And The Dream We Were Conceived In Will Reveal A Joyful Face
And The World We Once Believed In Will Shine Again In Grace
Then Why Do We Keep Strangling Life
Wound This Earth, Crucify Its Soul
Though It's Plain To See
This World Is Heavenly
Be God's Glow

We Could Fly So High
Let Our Spirits Never Die
In My Heart, I Feel You Are All My Brothers
Create A World With No Fear
Together We'll Cry Happy Tears
See The Nations Turn Their Swords Into Plowshares

We Could Really Get There
If You Cared Enough For The Living
Make A Little Space
To Make A Better Place

Wednesday, September 10

Hubungan manusia dan Allah swt..

Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.
Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)


Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
kita adalah hamba yang lemah tetap lemah sampai bila-bila, sekalipun berazam dan sentiasa penuh dengan keazaman cuba dengan sedaya-upaya untuk "tidak akan mengulangi perbuatan yang serupa" tetapi merasakan diri telah berdosa,  maka sentiasalah setiap kali selepas solat fardhu atau pada bila-bila masa sahaja, bertaubat dengan mengucapkan kata-kata permintaan keampunan kepada Allah SWT dengan hati yang tulus ikhlas iaitu:
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ   وَأتُوبُ إلَيْه
Ertinya:

Aku mohon keampunan Ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

faMiLy

faMiLy
_kesayangan dunia akhirat_